Tuesday, 29 September 2015
JDT masih ada peluang mara ke pusingan akhir
Kuwait 30 September, 2015 - Al-Qadsia SC memenangi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Kuwait awal pagi tadi waktu Malaysia. Petarungan sengit itu memberi keputusan 3 - 1 dengtan jaringan gol oleh Fuakuputu Doris Salomu pada minit ke 32 perlawanan; Bader Almotawaa pada minit 42 perlawanan dan Seydouba Soumah, di minit 57. Tendangan gol tunggal JDT dapat dijaringkan oleh Amri Yahya pada minit ke 82.
Biarpun sedikit kecewa berita ini tidaklah terlalu menghampakan kerana sejarah mengajar kita untuk sentiasa bersyukur kerana kita pernah merasa pukulan yang lebih pedih apabila pasukan negara kalah 10 - 0 dalam perlawanan menentang Uni Emirat Arab (UEA) dalam perlawanan lalu.
Labels:
aksi,
Al-Qadsia SC,
bola sepak,
JDT,
kecewa,
kuwait
Location:
Jibla, Kuwait City, Kuwait
Saturday, 12 September 2015
BENARKAH ILMU HITAM DAN MAHLUK HALUS MEMPENGARUHI KEKALAHAN BOLASEPAK MALAYSIA ?
Kekalahan teruk diluar dugaan Malaysia menentang Emiriyah Arab Bersatu (UEA) mungkin berpunca dari gangguan mahluk halus...
Mengulas soal kekalahan teruk Malaysia kepada Emeriyah Arab Bersatu (UEA), seorang pengamal perubatan Islam mendakwa, penggunaan mahkluk halus sebagai penyebab utama kekalahan, . Dakwaan tersebut mamang unik dan mungkin juga seronok juga dijadikan sebagai topik perbincangan, kalau tidak pun menjadi perbualan kedai kopi. Mungkin natijah dari 'borak-borak' kedai kopi ini nanti boleh mengatasi kekalahan teruk skuad Malaysia sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2008 dan Piala Asia 2019 ataupun pada masa-masa akan datang.
lain-lain pendapat berkaitan, sila lawat:
http://www.bicaradariaku.com/2015/09/penggunaan-makhluk-halus-punca-malaysia.html
Labels:
10 - 0,
abu dhabi,
aksi,
bola sepak,
FAM,
FIFA,
kecewa,
mahluk halus ganggu bolasepak
Location:
Riyadh Saudi Arabia
Setelah Harimau Malaya dibelasah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 10 - 0
Salinan dari blooger : BADUT RAKYAT
“Kalau nak kritik tu boleh tapi jangan sampai melampau.”
Itu luahan bek tengah negara,Amirizdwan Taj Tajuddin selepas menjadi mangsa kritikan tanpa belas kasihan daripada peminat bola sepak tanah air ekoran kekalahan buruk 10-0 yang dialami Harimau Malaya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),minggu lalu.Bagaimanapun,dia tidak menyalahkan individu yang ‘membelasah’ Harimau Malaya kerana mengakui,pasukan negara telah mencipta sejarah memalukan apabila dibelasah sebegitu teruk.
“Jujurnya saya masih teringatkan peristiwa tersebut.Sudah pasti satu Malaysia kecewa dengan persembahan pasukan negara,tetapi kami lagi kecewa.“Kami bukan saja kecewa,malah kami rasa malu dan sedih.Apa lagi yang boleh kami cakap.Tidak dapat dinafikan kami rasa marah dan kecewa juga dengan kritikan keterlaluan yang dilemparkan,tetapi apa boleh buat setiap manusia ada hak untuk bercakap .Cuma saya hendak beritahu kepada mereka, kritik itu boleh tetapi janganlah melampau sangat sehingga melibatkan keluarga.Saya ada terima kritikan secara peribadi daripada peminat,tetapi apa yang kami boleh buat,mahu atau tidak kami terpaksa hadapi semua ini.Kami yang main kami yang kalah kami yang rasa. Nak balik Malaysia pun kami takut,” katanya selepas sesi latihan di Wisma FAM, di sini semalam.
Skuad Harimau Malaya mencatat satu sejarah hitam dalam dunia bola sepak negara apabila dimalukan oleh UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, Khamis lalu.Kekalahan itu menyusul beberapa bulan selepas dibedil 0-6 oleh Palestin dalam kejohanan yang sama di Bukit Jalil.Tambah Amirizdwan,kekalahan tersebut membuatkan semua pemain terkejut,malah kem skuad kebangsaan berada dalam keadaan suram.“Kekalahan ini membuatkan pemain sentiasa berfikir.Datuk Ong Kim Swee ada cakap kami sudah mencipta sejarah (kekalahan menentang UAE) dan dia cakap kami boleh cipta satu lagi sejarah sama ada bangkit atau sebaliknya.Saya nampak pemain pamer semangat juang yang tinggi dan kami mahu bangkit kembali daripada kekalahan teruk itu,” katanya.
Labels:
10 - 0,
abu dhabi,
aksi,
bola sepak,
bolasepak malaysia,
FAM,
FIFA,
stadium shah alam,
UAE
Location:
United Arab Emirates
TRAGEDI DI STADIUM SHAH ALAM - FAM TERIMA SURAT TUNJUK SEBAB
Petikan dari berita Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-sukan/kelayakan-piala-dunia-penyokong-baling-suar-ke-padang-perlawanan-dihentikan-72641
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan bahawa badan induk itu telah menerima surat tunjuk sebab daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden kekecohan penyokong di Stadium Shah Alam, 8 Sept lepas.
Afandi berkata FAM menerima surat berkenaan sehari selepas insiden berkenaan dan mereka telah diberi tempoh 14 hari untuk memberi kenyataan balas atau berkemungkinan besar berdepan hukuman termasuk digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan peringkat antarabangsa anjuran FIFA.
Beliau turut mengesahkan bahawa mereka telah mendapat surat tunjuk sebab pada 9 Sept lepas daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan lengkap berhubung insiden berkenaan.
"Kita juga merasa kecewa dengan apa yang berlaku. Setelah membincangkan semua perkara, kita juga memfokuskan kepada tindakan-tindakan yang perlu dilakukan terutamanya dalam konteks kita kembalikan semula (pasukan bola sepak negara) ke tempat yang sepatutnya.
"Kita juga akan menghantar surat permohonan maaf kepada Kedutaan Arab Saudi di sini dan mana-mana duta yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa dihentikan pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 selepas segelintir penyokong dipercayai 'Ultras Malaya' bertindak liar dengan membakar suar dan membaling mercun roket ke dalam padang.
Dalam pada itu, Afandi memaklumkan bahawa FAM akan mengutus surat kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya satu pertemuan dapat diatur dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai perkembangan terkini bola sepak negara.
Beliau berkata menerusi perjumpaan berkenaan yang turut disertai exco FAM, mereka berharap Khairy mendapat penjelasan tepat mengenai beberapa isu semasa bola sepak tanah air termasuk kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaya sejak kebelakangan ini.
Afandi turut memaklumkan bahawa pasukan petugas khas FAM yang diketuai seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad akan mengadakan mesyuarat khas, Isnin ini bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk kemungkinan isu rombakan kepimpinan tertinggi FAM.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa FAM akan kembali memperkasakan lima perkara utama bagi memulihkan semula maruah bola sepak negara yang kian tercalar di peringkat antarabangsa.
Lima perkara berkenaan, kata Afandi adalah pembangunan belia, liga tempatan, pengurusan FAM, status Harimau Muda dan pasukan bola sepak kebangsaan.
Beliau mengakui lima perkara berkenaan masih relevan dengan perkembangan semasa bola sepak tanah air walaupun segelintir pihak mendakwa FAM masih gagal dalam pembangunan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi.
Menyokong pandangan Afandi adalah Abdul Mokhtar yang meminta penyokong bola sepak tempatan supaya bersabar memandangkan mereka sedang mencari jalan terbaik untuk mengatasi kemerosotan prestasi skuad bola sepak kebangsaan.
Beliau menegaskan rombakan besar-besaran dalam FAM tidak dapat menyelesaikan prestasi hambar skuad berkenaan kerana ia memerlukan satu pelan perancangan jangka panjang.
Pulau Pinang bakal menyerlah dalam bola sepak negara
Kapten Pulau Pinang, Rafiuddin Rodin jangkakan satu aksi berbeza
bakal dipamer pasukan PKNS FC menjelang pertemuan Kumpulan D saingan
Piala Malaysia malam ini.
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada PKNS di Stadium Bandaraya dengan misi memburu tiga mata penuh jadi sandaran.Apatah lagi rekod pertemuan di gelanggang itu musim ini menyaksikan skuad Harimau Kumbang melakar kemenangan tipis satu-kosong ke atas PKNS dalam saingan Liga Perdana.
Begitupun Rafiuddin yakin PKNS pastinya tampil lebih bersedia kali ini tetapi pada masa sama percaya dengan kemampuan rakan sepasukan untuk laksanakan tugas.
"Setakat ini Alhamdulillah, persiapan kami baik sekali dan pemain-pemain semua sudah bersedia, PKNS pada kali ini tidak sama ketika beraksi dalam Liga Perdana sebelum ini. Saingan Piala Malaysia memang selalunya lain daripada yang lain," ujar rafiuddin.
Dalam pada itu, Rafiuddin lebih selesa dengan status Pulau Pinang sebagai "underdog" dalam Kumpulan D ini yang turut dibarisi PDRM dan juara bertahan, Pahang.
Namun dia turut sedar harapan tinggi peminat apatah lagi selepas tiket ke Liga Super 2016 sah jadi kenyataan.
Rafiuddin bagaimanapun tidak melihat sebarang tekanan buat diri dan rakan sepasukan untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir.
"Peluang kami, bagi saya kami tidak ada tekanan untuk masuk ke suku akhir jadi saya rasa kami boleh pergi jauh biarpun bukan pasukan pilihan. first, kami harus mempamerkan aksi yang bertenagan pada semua perlawnan dan kalau boleh layak, kami akan cuba yang terbaik untuk penyokong" katanya.
Labels:
aksi,
bola sepak,
bolasepak,
FC,
football,
pulau pinang
Location:
Penang, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)