Tuesday, 29 September 2015
JDT masih ada peluang mara ke pusingan akhir
Kuwait 30 September, 2015 - Al-Qadsia SC memenangi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Kuwait awal pagi tadi waktu Malaysia. Petarungan sengit itu memberi keputusan 3 - 1 dengtan jaringan gol oleh Fuakuputu Doris Salomu pada minit ke 32 perlawanan; Bader Almotawaa pada minit 42 perlawanan dan Seydouba Soumah, di minit 57. Tendangan gol tunggal JDT dapat dijaringkan oleh Amri Yahya pada minit ke 82.
Biarpun sedikit kecewa berita ini tidaklah terlalu menghampakan kerana sejarah mengajar kita untuk sentiasa bersyukur kerana kita pernah merasa pukulan yang lebih pedih apabila pasukan negara kalah 10 - 0 dalam perlawanan menentang Uni Emirat Arab (UEA) dalam perlawanan lalu.
Labels:
aksi,
Al-Qadsia SC,
bola sepak,
JDT,
kecewa,
kuwait
Location:
Jibla, Kuwait City, Kuwait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment