Saturday, 12 September 2015

Pulau Pinang bakal menyerlah dalam bola sepak negara

 
Kapten Pulau Pinang, Rafiuddin Rodin jangkakan satu aksi berbeza bakal dipamer pasukan PKNS FC menjelang pertemuan Kumpulan D saingan Piala Malaysia malam ini.
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada PKNS di Stadium Bandaraya dengan misi memburu tiga mata penuh jadi sandaran.

Apatah lagi rekod pertemuan di gelanggang itu musim ini menyaksikan skuad Harimau Kumbang melakar kemenangan tipis satu-kosong ke atas PKNS dalam saingan Liga Perdana.

Begitupun Rafiuddin yakin PKNS pastinya tampil lebih bersedia kali ini tetapi pada masa sama percaya dengan kemampuan rakan sepasukan untuk laksanakan tugas.



"Setakat ini Alhamdulillah, persiapan kami baik sekali dan pemain-pemain semua sudah bersedia, PKNS pada kali ini tidak sama ketika beraksi dalam Liga Perdana sebelum ini. Saingan Piala Malaysia memang selalunya lain daripada yang lain," ujar rafiuddin.

Dalam pada itu, Rafiuddin lebih selesa dengan status Pulau Pinang sebagai "underdog" dalam Kumpulan D ini yang turut dibarisi PDRM dan juara bertahan, Pahang.

Namun dia turut sedar harapan tinggi peminat apatah lagi selepas tiket ke Liga Super 2016 sah jadi kenyataan.

Rafiuddin bagaimanapun tidak melihat sebarang tekanan buat diri dan rakan sepasukan untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir.



"Peluang kami, bagi saya kami tidak ada tekanan untuk masuk ke suku akhir jadi saya rasa kami boleh pergi jauh biarpun bukan pasukan pilihan. first,  kami harus mempamerkan aksi yang bertenagan pada semua perlawnan dan kalau boleh layak, kami akan cuba yang terbaik untuk penyokong" katanya.

No comments:

Post a Comment